Saya sudah mula menjawab survei, tapi saya tak boleh menghabiskannya. Kenapa?
Ada beberapa sebab kenapa ini berlaku:
- Survei itu telahpun ditutup. Survei hanya berlangsung untuk tempoh masa tertentu. Selepas tarikh akhir, anda tidak boleh menjawab survei tersebut. Kami galakkan anda untuk respon kepada jemputan survei secepat yang mungkin.
- Luar sasaran atau ditapis keluar: Kadang-kadang profil anda tidak sesuai dengan kriteria survei, maksudnya anda di luar kumpulan sasaran untuk survei tesebut. Survei di mana anda terima mesej “ditapis keluar” tidak dikira sebagai lengkap sepenuhnya dan insentif tidak akan diberi.
- Penyertaan kedua: Jika anda sudahpun menjawab survei (lengkap atau ditapis keluar) dan cuba menjawabnya lagi sekali, anda tidak akan diberi akses ke soal selidik tersebut.